May 31, 2012

SELESAI SUDAH

penggambaran filem 'aku foto kau' sudah pon selesai pagi td di Port Dickson. sebenarnya nak shooting last part semalam waktu petang kat pantai. tapi masing-masing sampai agak lewat. biasalah keadaan rushing dari kemensah nak ke PD. Alhamdulillah semua selamat sampai. di dahului dengan abg wan & livonia dan yang lain menyusul kemudian. memandangkan matahari pun dah terbenam, prod decide shooting awal2 pagi esok. mlm tu (khamis) kami semua buat bbq and enjoy sama-sama. banyak la benda yang di sembangkan. sir razeef pun sanggup turun padang utk support kami. lega sangat sebab dapat capai ke tahap ni walau banyak dugaan sebenarnya semasa proses penggambaran ni di jalankan. pertalian di antara kami semakin erat dan berharap ia akan terus kekal sampai bila2. sesuatu yang paling penting adalah 'kesatuan hati' (abg wan 2012). banyak perkara yg kami belajar bersama. all the best utk semua. semoga kejayaan akan datang kpd kita di masa yg lain juga. terima kaseh kpd semua.

Jan 25, 2012

Fikir sejenak

Angan & sedar. dah mcm lagu mawi. Ok, mmg setiap kali tulis blog jer mesti dah lama x tulis. Bila dah lama x tulis je mesti tulis blog plak.. Whoo..Sebenarnya aku ni x rajiv mak tulis blog..ikot time la..tiba2 rasa terbukak nak tulis, trus je tulis..

Kita ni manusia kadang2 sedar kadang2 tak..bila Subaru keadaan tu brlaku ok baru bkn berfikir, tp dah lepas dah x blh pk..ingat, semua prkara atau peluang Hantar skali dlm idup..kena Hargai sebaiknya.

Jun 4, 2011

Terhantuk baru terngadah

ceit lama tol x update blog ni..nk tulis2 sikit lah ari ni..hehe..prnh x dengar "dah terhantuk bru nk terngadah" ?? haaa tu lah manusia..dah berdarah-darah baru lah nk ingat tu, ingat ni..dah sakit2 bru nk pk masa sihat..dh x guna dh time tu..cuma jgn la ulangi kesilapan yg sama..sbb kalo pertama kali tu mmg lah kesilapan sbb manusia tu x sempurna tp kalau dah 2-3 kali dan berkali2 tu dh jadi kebodohan..sbb x pernah nk belajar dr kesilapan..jd kpd yg di luar sana, ingat2, jd manusia yg bijak !!! :)

Apr 15, 2011

Akan Ada Lebih Baik

jap2 setting mind nk tulis ape ni..errmm, sbnrnya baru blk jer lepak kat mamak ni.
dah sumbat, xtau ape nak dibuat. so lepak mamak bercerita lah sampai ke pagi (4am)
ni bila dah sampai umah rasa nak menulis pulak. 
ok, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, setiap dekad, setiap abad masa tidak pernah akan mengundur ke belakang.
namun manusia ada kalanye berjalan ke hadapan dan ada kalanya mengundur ke belakang.
setiap masa akan ada jer perkara baru yang kita akan belajar xkisah lah melalui pengalaman sendiri
ataupon dari pengalaman orang lain.
tapi, pengalaman yang di lalui sendiri adalah lebih bermakna.

pasang surut.
patah tumbuh.
hilang berganti.
 kenapa???
kita x pernah sedar sebenarnya ape yang berlaku di sekeliling kita.
kita jer yg rasa konon2 kita sedar tp hakikatnya???

melalui pengalaman diri sendiri,
sebenarnya kita selalu mengeluh,
kenapa nasib mcm ni,kenapa jadi mcm ni.
ape yg berlaku, sepatutnya kita harus bersyukur kerana akn ada sesuatu di sebalik kejadian itu.
cuma manusia itu sendiri x pernah sedar akan kewujudan hikmah tu.
apa yg selalunya berlaku, takdir di salahkan,org lain yg di salahkan,
padahal, diri sendiri x nampak kenapa terjadi perkara2 mcm tu.
sebenarnya bila berlaku sesuatu itu pasti akn ada yg lbh baik utk seterusnya.
xksh la perkara yg berlaku tu perkara yg baik atau buruk.
tp yg pasti mmg akan ada lbh baik dari setiap perkara yg berlaku.
cuba renung hari2 anda.
tgk kiri kanan,atas bawah, byk perkara2 yg baik berlaku cuma anda xpernah sedar akn kewujudan perkara itu.
kerana apa,??
kerana lumrah manusia yg mmg akn melihat perkara yg negatif berbanding positif.
walaupon kebaikan itu hanya sebesar zarah,namun ia tetap kebaikan.
tp kita amik mudah perkara2 tu.
sbg contoh, kalo smlm kita hanya senyum pd 3 org, tp cuba pk arini kita senyum pada 7 org,
so, itukan perkara yg baik.

percayalah..

 kerana apa yg berlaku pd diri ini juga adalah perkara yg baik selepas berlakunya perkara yg buruk.
jgn pernah menyalahkan takdir.
manusia di lahirkan dgn akal yg sempurna.
fikirkan sejenak, muhasabah diri anda..

Mar 26, 2011

KESILAPAN ATAU KEBODOHAN ..

HATI + PERASAAN = ??

sebenarnya sebagai manusia, ape yg perlu kita faham?? nak fahamkan diri org lain ataupon nak fahamkan diri sendiri dulu ? lebih elok kalo kita fahamkan diri sendiri dulu. sbb kalo x blh nak fahamkan diri sendiri mcm mane org lain nk faham diri kita..so bila diri sendiri dah blh faham, baru org lain blh faham..so xkan timbul isyu salah faham..tp paling susah nak faham adelah hati dan perasaan. setiap manusia di lahirkan mempunyai hati dan perasaan. sedangkan haiwan mempunyai perasaan itu apetah lagi kita sbg manusia iaitu sebaik baik kejadian di muka bumi ini. kesilapan manusia apabila tersalah untuk memahami hati sendiri dan kebodohan manusia ialah apabila menipu perasaan sendiri. kedua-duanya saling berkait. kawan, adik, abg, kakak, sahabat,  smuanya mempunyai perasaan utk di sayangi, di berikan perhatian. namun seharusnya ada garis pemisah di antara setiap perasaan itu. perasaan adik kpd abgnya, perasaan diri terhadap sahabat atau kwn.perasaan kasih dan cinta terhadap seseorang yg istimewa. 
manusia sentiasa tersilap apabila menilai perasaan diri. bila selesa dan sama di katakan itu cinta !! ape tu?? mengarutlah.. kalo msh blom faham ape itu kasih syg dan cinta jgn buat persepsi sendiri. nilai kasih syg dan cinta itu bkn terletak pd kata2 atau ucapan. bukankah kita tahu kejadian manusia di muka bumi, apabila adam di cipta sbg lelaki yg pertama kemudian di jadikan hawa dari tulang rusuk adam maka mereka harus saling melengkapi. melengkapi bkn bermakna hanya menerima kekurangan seseorang tetapi belajar tentang kekuranganya, dgn erti kata lain kekurangan itu yg harus di pelajari bkn ape yg di sukai atau di gemari. ramai yg tertanya kenapa sy ckp mcm tu. ok, cuba anda semua fikir, sudah lumrah kehidupan perkara yg baik mmg akn di terima oleh pasangan mereka tapi yg buruk?? smua nya sbg point (punca) kpd permasalahan hbgn tersebut. sbb tu lah sy kata, xperlu pelajari ape yg di sukai, ape yg di gemari tp belajar sebaliknya tentang dia ( pasangan ). jadi anda akan dpt jawapan utk itu..(permasalahan).

Feb 18, 2011

KESELAMATAN ORANG AWAM

persekitaran yg menarik. landskap yg hebat menarik minat org ramai. tp ape smua tu tanpa keselamatan yg menjamin org awam. berlaku  satu kes, (xperlu di nyatakan tptnya) seorang lelaki yg baru je selesai berjogging bersama kwn2 nya di  sebuah taman rekreasi, melihat boot belakang keretanya di buka oleh seorang yg tidak di kenali. melihat keadaan tersebut, tuan punya kereta bergegas ke arah keretanya sambil cuba menghentikan lelaki yg telah membuka boot kereta beliau. namun gagal. yg peliknya, di mana sifat dan tanggungjawam org awam yg berada situ dan hanya menyaksikan kejadian tu berlaku. adekah sifat dan rasa tanggungjawab dlm masyarakat kita sudah pupus??? hisshh..tolong lah sedar, kita ni hidup sbg 1kelompok masyarakat, bkn dlm dunia sendiri.

Feb 15, 2011

BELAJAR ATAU TUNJUK PANDAI???

kita dari kecik sampai skarang mmg xprnah putus dgn blaja. mmg btollah kata pepatah, tuntut ilmu tu biarlah sampai ke negara china. dan lagi 1, ilmu ni kalau di tuntut sampai mati pon takkan habis. so dari alam tadika, sek rendah, sek menengah, universiti dan sampailah bekerja, kita mmg takkan pernah habis belajar. tu mukaddimah jer, tp ape yg nk di sampaikan disini, adelah sorang hamba Allah tu katanya kita disini sama2 menuntut ilmu, sama2 masih blaja, nk kata diatu dah ade diploma, sama jugak dia pon masih blaja. tapi bukan main nak tunjuk mcmlah awk tu dah ade ilmu di dada.ye btollah kalo awk tu seorang pemimpin,keputusan smua terletak pd tgn awk,tp dimana sifat kepimpinan awk tu. bkn keseorang pemimpin harus ade akal yg bijak, dan pemimpin harus bertindak adil. jgn menjadi pemimpin yg zalim. dlm Islam sekalipon jika ade pemimpin yg zalim ni kita harus tentang. seorang pemimpin yg adil harus memberi peluang kpd org lain utk membuktikan sesuatu dgn kata lain kalo dia bos haruslah mendengar idea, dan melihat kpd hasil yg dilakukan, bukannya terus2 menghentam tanpa memberi pluang utk dia menjalankan dan membuktikan kemampuannya. sampai bila masyarakat kita nak maju kalo kita x memberikan peluang pdorg lain utk membuktikan kemampuan mereka. jgn kita menilai seseorang tu dari luaranya. nk jadi pemimpin ni bkn mudah, byk perkara yg harus di lalui. hanya kerana pernah memimpin beberapa kali dan terus  menggangap kamu adalah pemimpin yg hebat. lihatlah org di sekeliling kamu. jgn pandang rendah pd org lain. jika kamu hebat ade lg hebat dari kamu.